|
MCGregor mahu pertarungan semula dengan Khabib.
London: Conor McGregor menghangatkan semula permusuhan dengan Khabib Nurmagomedov apabila mendakwa musuh lamanya itu 'melarikan diri' ketika menawarkan pertarungan.
Kedua-dua musuh ketat masih berbalas kenyataan sejak empat tahun lalu apabila Khabib memenangi pertarungan mereka di UFC 229.
McGregor kemudiannya terdesak membalas dendam namun dihampakan dengan persaraan mengejut Khabib.
Namun jaguh dari Ireland itu masih membuka peluang untuk pertarungan semula tetapi mendakwa Khabib gentar dengannya.
McGregor, 34, dalam Twitternya semalam yang kemudian dipadamkan berkata: "Saya mahu bertarung! Rancangan ayah kamu tidak selesai kerana kamu bersara dan lari.
"Tapi saya masih di sini jika kamu mahu bertarung lagi. Tapi kamu takut kalah bermakna kamu kalah dan lari itu yang kamu mahu."
Khabib , 34, mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje juga berusia 34 tahun selepas kematian bapanya yang juga selaku jurulatih jaguh Rusia itu.
Dia berjanji dengan ibunya tidak mahu bertarung lagi tanpa tunjuk ajar bapanya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bikin-khabib-panas |
|