View: 4470|Reply: 7
|
[VIDEO] Jururawat kongsi kisah seram di wad hospital
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Perkongsian seorang kakitangan hospital mengenai kisah seram yang dialaminya semasa bertugas di wad di sebuah hospital menjadi tular di media sosial.
Melalui perkongsian video oleh jururawat tersebut yang dikenali sebagai Scha Myza di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan di dalam sebuah wad pesakit yang kosong tetapi, beberapa peralatan seolah-olah sedang digunakan.
“Selain dugaan pesakit Covid, dugaan makhluk halus jugak. Dalam bilik tertutup macam ini pun dia duk main stateskop dan mesin ‘on’ macam ada orang dalam tu.
“Macam ada manusia punya jasad sebab semua tekanan darah on, walhal katil kosong.
“Dugaan betul kalau berdua dengan pesakit koma dalam tu,” katanya.
Dalam perkongsian lain, dia turut berkongsi kisahnya apabila perlu menguruskan mayat seorang diri walaupun dia merupakan seorang yang penakut.
“Itu belum uruskan mayat sorang-sorang. Kadang-kadang masa itu barang tak cukup, perlu tunggu sorang-sorang dalam tu dengan mayat sementara tunggu kawan datang. Dahlah Scha ni penakut.
“Kalau part bungkuskan mayat tu Scha susah sikit nak tidur bila kena ikat kaki dan kepala, masa tu Ya Allah dekatnya muka mayat dengan aku ni, mau tak tidur sebab teringat.
“Lepas dah balut semua badan tu, ada darah pulak keluar melalui hidung dan kotorkan kain putih tu. Bayangkanlah macam mana perasaan Scha tengok situasi tu. Mujur kawan-kawan semuanya sangat berani dan langsung tak hirau segala bunyi,” katanya. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
gelapnya laluan tu..pasanglah lampu kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 2-12-2022 11:55 PM
gelapnya laluan tu..pasanglah lampu kat situ
Tu le..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnye hospital kalau nak jimat pun pasanglah lampu auto sensor tu. Kalau ada orang je auto terpasang sendiri. Gelap2 mcm tu bukan seram je tapi bahaya skali |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa saya admitted di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang, tetiba ada nurse datang ke bilik saya pada pukul 3 pagi. Esoknya bila nurse datang nak ambil bacaan tekanan darah dan suhu badan, saya tanyalah dekat nurse yang bertugas, bukan ke dah ambil bacaan pukul 3 pagi tadi ke? Terkejut nurse tu sebab dia kata mana ada mereka ambil bacaan pukul 3 pagi. Lepas tu, memang sentiasa buka lampu la bila nak tidur. Saya pula memang duduk kat single room. Cerita tahun 2009 ... |
|
|
|
|
|
|
|
cukup takut masuk lift hospital time mlm.
masa my mom admitted. bilik sorg tapi malam2 ada 'nurse" dtg jenguk, tapi muka tak de hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|