CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 0

Hafizh hangat saingan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance

[Copy link]
Post time 8-12-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Tetamu kehormat bersama-sama barisan penaja perlumbaan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022

Putrajaya: Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan bersaing pada perlumbaan lasak Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 yang akan berlangsung pada 11 Disember ini di waktu malam dekat Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Hafizh Syahrin yang kini beraksi dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), akan bersaing dalam kategori MP150 Elite yang dijangka turut menampilkan pelumba utama negara lain serta penunggang profesional jemputan antarabangsa sekali gus menjanjikan aksi hebat dan menarik.

"Tiada bayaran masuk dikenakan untuk penonton menyaksikan acara ini dari Grandstand Utama. Pihak penganjur akan turut memperagakan pelbagai 'promo booth' di Mall Area untuk dikunjungi oleh peminat dan ahli keluarga mereka sementara menyaksikan perlumbaan hebat ini," kata ketua penganjur dan Presiden Kelab Sukan Bermotor BRAAAP, Azuan Izadee pada majlis pelancaran di Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.


"Secara keseluruhan, pihak kami telah mendapat pengesahan penyertaan pelumba dari Thailand, Taiwan, Indonesia dan Singapura di samping lebih 100 belia tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

"Mereka akan bersaing dalam enam kategori perlumbaan di mana tiga adalah untuk saingan 'endurance' dan tiga lagi untuk perlumbaan 'sprint'," kata Azuan yang menambah acara endurance adalah ekslusif untuk jentera 'kapcai' atau Moped berkapasiti 150cc dan 'sportbike' dengan kapasiti maksimum 400cc.

Sebagai usaha memperhebatkan lagi edisi 2022 ini, Azuan berkata pihak penganjur telah bekerjasama dengan pertubuhan SK13 yang merupakan pemegang rekod Malaysia Books of Record (MBOR) untuk perhimpunan motosikal terbesar di negara ini, yang dicatat pada tahun 2018.

"Selain acara perlumbaan, satu acara tarikan yang akan diadakan adalah acara 'Tobaki Hotlap' di mana 150 peserta dari SK13 dan rakan-rakan penaja B2HEndurance akan membuat satu pusingan mengelilingi litar bersama-sama tetamu kehormat.

"Kami di BRAAP Motorsport amat berterima kasih atas segala sokongan dari pihak penaja utama seperti Budak Kimia, JondChain Lube & Tobaki Racing yang amat signifikan untuk kejayaan penganjuran edisi tahun ini.

"Kami di BRAAP Motorsport amat berharap komuniti sukan pemotoran tanah air khususnya dalam kelas dua roda akan bersama-sama kami memeriahkan acara yang kami sasarkan untuk menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh peminat sukan bermotor seluruh tanah air," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... p-2-hours-endurance
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.798077 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list