|
London: Grand Prix (GP) di Azerbaijan, Austria, Belgium, Qatar, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil dipilih menganjurkan acara pecut pada 2023.
Senarai itu dipersetujui selepas kesemua venue terbabit menepati kriteria ditetapkan dan selepas mengambil kira perbincangan mengenai terma komersil dengan penganjur perlumbaan.
Jumlah acara pecut bertambah sekali ganda susulan Formula Satu (F1) yang mahu meningkatkan keuntungan dan menambahkan jumlah penonton di televisyen.
Format acara masih kekal sama seperti tahun ini yang berlangsung pada hujung minggu.
Perlumbaan pendek berlangsung pada Sabtu dan lapan pelumba pertama mendapat mata manakala grid acara pecut ditetapkan pada Jumaat berbanding Sabtu.
Acara pecut pertama berlangsung di GP Azerbaijan di Baku pada 28-30 April yang juga perlumbaan ketiga atau keempat musim depan bergantung kepada sama ada F1 mencari pengganti kepada GP China yang dibatalkan.
GP Austria berlangsung 30 Jun sehingga 2 Julai, Belgium (28-30 Julai), Qatar (6-8 Otober), AS di Austin, Texas (20-22 Oktober) dan Brazil pada 3-5 November.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-pecut-musim-depan |
|