|
VERSTAPPEN berminat untuk menunggang jentera MotoGP. FOTO AP
London: Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Max Verstappen berminat untuk cuba menunggang jentera MotoGP buat kali pertama namun mendakwa dia tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Red Bull.
Verstappen yang mengharungi musim cemerlang sepanjang 2022, baru-baru ini menaiki jentera Repsol Honda milik Marc Marquez pada acara sambutan akhir tahun pengeluar dari Jepun itu.
Ketika kerjasama Red Bull dan Honda menyaksikan kejayaan di pentas F1, perkara sama tidak berlaku antara MotoGP dan Honda.
Verstappen dan Marquez bergandingan memandu jentera go-kart baru-baru ini sebelum kedua-duanya bertukar pendapat dunia perlumbaan masing-masing yang turut mendedahkan impian Verstappen untuk menunggang jentera MotoGP.
"Pelumba MotoGP sangat luar biasa dan pantas. Saya mahu mencubanya satu hari nanti tetapi sekarang ini masih tidak dibenarkan," katanya.
Marquez kemudian bertanya lebih lanjut sebelum Verstappen berkata: "Pasukan masih tidak membenarkan saya melakukannya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gang-jentera-motogp |
|