View: 604|Reply: 0
|
Skuad hoki tetap sasar suku akhir Piala Dunia
[Copy link]
|
|
Skuad hoki tetap sasar suku akhir Piala Dunia
PEMAIN skuad hoki negara menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Walaupun berdepan masalah kecederaan, ia tidak akan mengubah sasaran skuad hoki negara yang mahu mara sehingga ke suku akhir di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, tahun depan.
Setakat ini, Malaysian Tigers hampir pasti kehilangan khidmat pemain tengah versatil, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Menurut ketua jurulatih hoki negara, A Arulselvaraj, beliau tidak panik dengan situasi itu kerana percaya barisan sedia ada mampu menggalas tanggungjawab untuk menggapai sasaran ditetapkan.
Apa yang lebih menggembirakannya adalah kepulangan dua pemain utama iaitu ketua pasukan, Muhammad Marhan Jalil dan penyerang, Muhammad Shahril Saabah dalam kem negara untuk menghadapi Piala Dunia 2023.
"Peluang Marhan nampak cerah untuk kembali, begitu juga Shahril. Pagi ini (semalam) dia turun padang buat penalti shoot out, tetapi kami belum masukkannya lagi untuk latihan hoki di padang.
"Shello (Silverius) akan kembali. Kakinya sudah boleh jalan, cuma tangan untuk pegang kayu mungkin makan masa dua minggu sebelum pulih.
"Sasaran masih sama (suku akhir) sebab satu pemain hilang (Nik Aiman) tetapi kami dapat semula dua pemain," katanya pada sesi latihan pasukan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-11 dunia dijangka berlepas ke India pada 6 Januari depan dan sedang mengatur satu aksi pemanas badan sama ada menentang Belgium, Belanda atau Perancis sebelum membuka tirai Piala Dunia 2023.
Skuad negara akan menghadapi dua aksi Kumpulan C di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela menentang Belanda (14 Januari) dan Chile (16 Januari) sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.
Pencapaian terbaik Malaysian Tigers di Piala Dunia adalah tempat keempat di laman sendiri pada 1975, manakala edisi terakhir empat tahun lalu di India menyaksikan skuad negara sekadar di kedudukan ke-15.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-akhir-piala-dunia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|