CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

Kayuhan Azizul masih berbisa

[Copy link]
Post time 18-12-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

AZIZUL atasi cabaran Gallagher.

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang hari ini memberi laungan amaran kepada pencabarnya apabila membuktikan dia masih lagi berkemampuan mencabar pingat emas di Olimpik Paris 2024 selepas memenangi acara pecut Austral Wheelrace Melbourne Australia.

Selepas tujuh bulan berehat kerana menjalani pembedahan April lalu, 'The Pocket Rocketman' meraih emas dalam acara pecut dengan keputusan 2-0 menewaskan Sam Gallagher dari Blackburn Cycling Club.

Bekas olahragawan negara tiga kali itu turut berjaya menyumbangkan perak acara keirin dalam perlumbaan yang dimenangi James Brister dari pasukan Port Adelaide Cycling Club manakala gangsa diraih Daniel Barber (Dubbo CC).


Kejayaan itu mampu menyuntik semangatnya untuk kembali menjadi sandaran negara meraih emas pertama di Olimpik Paris selepas merangkul perak di temasya Olimpik Tokyo.

Azizul menerusi hantarannya di laman sosial berkata, ia satu permulaan baik untuk 'orang tua' yang terpaksa berehat dan melupakan perlumbaan selama tujuh bulan.

"Saya baru memenangi perlumbaan pecut kelas 1 musim ini. Not bad (boleh tahan) untuk #orangtua yang perlu berehat tujuh bulan daripada perlumbaan. "Komen penuh akan menyusul kemudian," katanya yang akan turut menyertai acara kegemarannya, keirin esok. Azizul sebelum ini turut menyertai Liga Juara-Juara Trek (TCL) UCI, kejohanan yang membariskan 18 pelumba pecut terbaik dunia dan menamatkan saingan di kedudukan kelapan keseluruhan selepas mengutip 80 mata dengan pelumba Australia, Matthew Richardson dimahkotakan sebagai juara apabila mengumpul 183 mata dalam kategori pecut lelaki.

Pelumba berusia 34 tahun itu turut beraksi pada peringkat akhir acara kegemarannya iaitu keirin dengan menduduki tempat kelima dalam pusingan akhir TCL yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue Sukan Olimpik 2012 iaitu di Lee Valley VeloPark, London awal Disember lalu.

Selain kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, Azizulhasni turut dijangka beraksi pada Kejohanan Asia di Malaysia pada Jun depan selain Sukan Asia di Hangzhou, China mulai 23 September hingga 8 Oktober 2023.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zizul-masih-berbisa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042250 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list