Pradikta Wicaksono berdepan detik memalukan apabila kemaluannya diramas peminat ketika bersesak-sesak semasa menghadiri sebuah program di Jakarta baru-baru ini.
Suara melaporkan, penyanyi yang mesra dengan panggilan Dikta itu turut dilihat menjerit selepas salah seorang daripada mereka mengambil kesempatan dengan merabanya.
IG
Tidak hanya bahagian kemaluan, peminat turut 'meratah' tubuh badannya.
Menerusi video yang tular di media sosial, Dikta dilihat memegang bahagian alat sulitnya sambil wajahnya menahan kesakitan.
Vokalis kumpulan Yovie & Nuno itu juga terduduk kerana kesakitan akibat insiden berkenaan.
Dalam pada itu, Dikta hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sebelum acara itu ditamatkan gara-gara sesak dengan penonton sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.
Susulan kejadian itu, Dikta dikatakan mula belajar beberapa teknik seni pertahankan diri, Kungfu sebagai langkah berjaga-jaga selepas ini.