|

SUSPEK ditahan polis kurang dari tiga jam selepas melarikan Toyota Hilux. FOTO ihsan Polis
Alor Setar: Dua lelaki yang ditahan polis kerana melarikan pacuan empat roda di sebuah kedai kereta terpakai di Jalan Langgar, kelmarin, direman empat hari.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mereka direman bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian Selasa lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, seorang daripada suspek yang berusia 45 tahun itu didapati positif dadah jenis syabu.
"Malah suspek pertama yang berusia 43 tahun pula didapati mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan kes curi motosikal di daerah Kubang Pasu.
"Suspek kedua pula didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ahmad Shukri berkata, hubungan mereka hanya sekadar kawan.
Media semalam melaporkan, dua lelaki dicekup polis tidak sampai tiga jam selepas melarikan Toyota Hilux di di Jalan Langgar, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... oyota-hilux-direman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|