View: 1704|Reply: 8
|
Seronok Tengok Kekasih Nikita Mirzani Dah Jadi Mualaf
[Copy link]
|
|
Teman lelaki kepada pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, Antonio Dedola dilaporkan memeluk Islam menerusi perkongsian rakaman sebuah video di Instagram, hari ini.
IG Nikita
Lapor Suara.com, Dedola dilihat memakai persalinan putih lengkap bersongkok sebelum melafazkan syahadah yang dibimbing seorang ustaz.
Video tersebut dimuat naik dalam Instagram milik kawan baik Nikita, Fitri Salhuteru yang turut mendoakan penghijrahan besar dalam hidup lelaki itu.
“Saya berharap dengan kerelaan anda masuk Islam membuatkan hidup bertambah baik dan menjadi manusia yang berguna.
“Semoga Allah sentiasa membimbing anda ke arah kebaikan,” katanya.
Fitri juga berharap, Dedola mampu menjadi imam yang baik untuk Nikita dan anak-anaknya kelak.
“Doaku semoa kamu berjodohan dengan Nikita dan menjadi ketua keluarga serta contoh baik kepada anak-anak Niki serta menjadi imam untuk keluarga mereka,” tulisnya.
Dalam masa sama, Nikita dilihat berkongsikan video tersebut dan memanjatkan kesyukuran kerana kekasihnya mendapat hidayah.
Sebelum ini, Nikita, 36, memaklumkan kekasihnya yang berasal dari Jerman akan memeluk Islam sebelum mereka berdua melangsungkan pernikahan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Ooooo ini yg kata, walaupun dia berzina malam semalamnya, pagi tu, tetap dia Solat Subuh. Kan.
Siap ckp, sebelum tu kena mandi wajib.
Ya hamponnnnn. Hahahhaha.
Tania la kaka, dpt meng Islam kan boipren. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen terus senng toksah nak berzina dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg mengaku tooot tu ya pas tu solat subuh |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. bagus. selamat menjadi saudara baru. moga dalam rahmat ALLAH. saling membimbing dan membantu antara pasangan, kekal bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la tu, cepat2 la kawin |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ibukkk .. lps ni ble ajar dia cara mandi wajib lak |
|
|
|
|
|
|
|
rosak betul retis yidon ni , tp pelik ramai pulak viewer dia kat utube |
|
|
|
|
|
|
| |
|