CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 1

[Kedah] Jatuh mahu ambil bola dalam tasik, remaja lemas

[Copy link]
Post time 27-1-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Jatuh mahu ambil bola dalam tasik, remaja lemas


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



OPERASI mencari remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas di kawasan tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil sdeddang dijalankan. FOTO ihsan Bomba




Kuala Ketil: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Absyar Roslan dikatakan hendak mengambil bola yang dipercayai terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.28 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Aslan Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Operasi mencari mangsa terbabit menggunakan teknik 'graping iron' dan p pencarian di permukaan air.

"Setakat ini operasi masih berjalan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani dipanggil untuk membantu pencarian mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rahimi berkata, operasi pencarian setakat ini disertai lapan anggota bomba.




Disiarkan pada: Januari 27, 2023 @ 2:44pm
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2023 05:30 PM | Show all posts
Mayat remaja jatuh tasik sudah ditemukan


Zuliaty Zulkiffli[email protected]



Mayat Muhammad Absyar Roslan, 16, yang ditemui lemas di tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil. FOTO IHSAN BOMBA




Kuala Ketil: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang tenggelam di tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil, hari ini ditemui lemas.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, mayat Muhammad Absyar Roslan ditemui pada jam 2.18 petang di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di dasar tasik berkenaan sedalam kira-kira empat meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani yang melakukan selaman.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat remaja terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi tadi, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berkenaan.
Dalam kejadian itu, Muhammad Absyar Roslan dikatakan hendak mengambil bola yang dipercayai terjatuh ke dalam tasik berkenaan.




Disiarkan pada: Januari 27, 2023 @ 4:46pm













Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.772383 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list