CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 1

[Kedah] Mangsa banjir kilat di Bandar Baharu meningkat 35 orang

[Copy link]
Post time 4-2-2023 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir kilat di Bandar Baharu meningkat 35 orang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 4, 2023 @ 8:11am [email protected]




Pusat pemindahan sementara SK Relau yang dibuka sejak petang semalam menempatkan seramai 35 mangsa banjir kilat. - Foto NSTP/Ihsan APM




BANDAR BAHARU: Jumlah mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 35 mangsa daripada 11 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Relau.

Jumlah itu meningkat, berbanding semalam hanya 14 orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan yang dibuka jam 7 petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata jumlah itu membabitkan lima lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, 14 kanak-kanak, dua bayi, dan empat warga emas.

Beliau berkata, kesemua mangsa banjir kilat berkenaan adalah daripada enam keluarga dari Kampung 300 kaki, empat keluarga dari Kampung Kilang Batu dan sebuah keluarga di Kampung di Mukim Relau.

"Paras air meningkat sehingga mencecah 0.5 meter menyebabkan kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS berkenaan.

"Setakat ini anggota APM masih melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir serta memantau paras air sungai selain membantu memindahkan mangsa ke PPS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, 15 rumah membabitkan tiga kampung di tiga mukim di Bandar Baharu terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 3 petang.

Antara kampung terbabit adalah Kampung 300 Kaki, Kampung Paya Semambung dan Kampung Kilang Batu di Mukim Relau, Kampung Tengah di Mukim Serdang dan Kampung Balai Lama di Mukim Sungai Kechil Hilir.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2023 04:07 PM | Show all posts
35 mangsa banjir dibenarkan pulang, PPS ditutup


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



PPS SK Relau yang dibuka sejak petang semalam menempatkan seramai 35 mangsa banjir kilat daripada 11 keluarga. FOTO ihsan APM




Bandar Baharu: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Relau, Mukim Relau yang menempatkan 35 mangsa daripada 11 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu ditutup pada jam 2 petang.

Beliau berkata, kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Keadaan cuaca semakin baik ketika ini dan paras air sungai semakin menurun," katanya.

Dalam kejadian semalam, 15 rumah di tiga kampung membabitkan tiga mukim di daerah ini terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda lebih dua jam bermula jam 3 petang.

Berikutan itu, 35 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS SK Relau selepas kediaman mereka dinaiki air.




Disiarkan pada: Februari 4, 2023 @ 3:51pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 1.118245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list