View: 708|Reply: 1
|
Hati Tersentuh, Rizky Billar Maafkan Lelaki Ugut 'Sembelih' Lehernya
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Rizky Billar mengambil pendekatan memaafkan individu yang mengugut mahu 'menyembelih' lehernya di media sosial.
Rizky berkata, selepas berjumpa dengan individu terbabit yang berjaya diberkas polis dia akhirnya memilih untuk berdamai.
"Apa yang membuatkan hati saya tersentuh melihat individu ini adalah dia juga seorang bapa seperti saya. Dia berjuang untuk memberikan nafkah kepada keluarganya.
"Saya berharap dia benar-benar ikhlas dan menyesal atas perbuatannya itu. Semoga perkara ini boleh menjadi pengajaran penting buat kita pada masa akan datang.
"Ibu bapa selalu mengingatkan saya supaya tidak menyimpan dendam kepada sesiapa pun dan saling memaafkan. Tapi perlu diingat jangan mengambil peluang atau menyalahgunakan peluang yang sudah diberikan ini," katanya.
Tambah Rizky, individu terbabit turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu terhadap orang lain.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|