View: 502|Reply: 0
|
Hafizh teruja pengalaman baharu
[Copy link]
|
|
HAFIZH harap dapat temui rentak di Eropah. FOTO Hafizh Syahrin
Kuala Lumpur: Kehadiran ketua kru baharu adalah antara pengalaman baharu yang perlu dilalui Hafizh Syahrin Abdullah untuk musim Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.
Pelumba negara yang beraksi dalam kelas WorldSBK bersama pasukan MIE Racing Honda itu melalui sesi ujian rasmi selama dua hari di Litar Phillip Island bersama jentera Honda CBR1000 RR-R.
"Dua hari ini sangat bermanfaat buat kami, kerana ia satu-satunya ujian pra musim untuk kami mempersiapkan pasukan. Jadi kami mengambil masa untuk kembali pantas dengan segala-galanya dan memahami motosikal baharu itu, yang mempunyai karakter agak berbeza berbanding musim lalu.
"Saya mempunyai seorang ketua kru baharu dan cara dia bekerja juga agak berlainan, jadi ia sesuatu yang bagus untuk saling mengenali antara satu sama lain.
"Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan kerana mereka sudah berusaha begitu gigih sejak tiba di sini. Saya sudah cuba melakukan yang terbaik di sepanjang sesi dan saya harap kami dapat menemui rentak dan memperoleh kemajuan pada perlumbaan pertama nanti," kata Hafizh.
Dia yang mempunyai pengalaman luas beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia akan beraksi pada musim keduanya di WSBK.
Sesi ujian rasmi yang berakhir semalam menyaksikan Hafizh melakukan catatan sepusingan terbaiknya 1 minit 33.029 saat (s) untuk berada ditangga ke-21 keseluruhan daripada 22 pelumba.
Pusingan pembuka tirai kempen 2023 dijadual berlangsung di Litar Phillip Island dari 24 hingga 26 Februari ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-pengalaman-baharu |
|
|
|
|
|
|
| |
|