Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk Hafidz
Ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada ditumbuk tiga kali pada wajah oleh suaminya, Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. - Foto IG Nurul Shuhada
KUALA LUMPUR: Teka teki akhirnya terjawab apabila ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri ditumbuk tiga kali oleh suaminya yang juga pelakon Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran, awal pagi tadi.
Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan.
"Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.
"Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka," dakwanya.
Ahli keluarga berkata, Nurul Shuhada kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan, malah laporan polis sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.
"Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
"Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad," katanya kepada BH Online.
Nurul Shuhada mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan wajah dialami, sekali gus dipercayai mempunyai kaitan dengan Hafidz.
Mengulas keadaan terkini Nurul Shuhada, ahli keluarga berkata, wanita itu masih terkejut dan perlu mengambil masa untuk rehat.
"Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat.
"Syukur keadaannya kini stabil," katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.
Menerusi tiga hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.
Bagaimanapun, gambar dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.
Menerusi satu hantaran lain yang memuat naik gambar tangan menggenggam penumbuk dan berdarah, Nurul Shuhada menulis, "Semoga Allah ampunkan kau berdua."
Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.
dia ni gila la. dia ingat bila dia ceraikan Syu, Syu akan menderita.... ha.... sekali tu dia tgk Syu kuat & move onn.... so rasa tercabar la. tu la yg kata lafaz cerai takde niat la apa la.... hahahah kesian. malang sungguh nasib ko ni. dah jadi kes polis pulak.... pas ni mesti penyondol tu pun cuak....
Post time 2-3-2023 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni mmg bad manner. Dari penampilan dia pun i dh jumpa real, mmg kusut masai. 1flight dgn dia masa tu, i nk contnue ke egypt, naik saudi but hapis turun saudi. Omaigod dia pkai jubah, kedut sejuta... jalan pulak mcm huha huha. Mmg x respect lgsg kt dia sejak dulu pon. Smoga allh lindungi syuhada dan anak2. Aamin yra...