|
Gambar fail - Pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril.
KUALA LUMPUR: Danial Syahmi Ahmad Shahril semakin yakin untuk mencabar pelumba di kelompok depan dalam saingan Red Bull Rookies Cup bagi kempen 2023.
Danial berkata, dia memperoleh tambahan semangat untuk mengharungi tahun keduanya perlumbaan berkenaan selepas menjalani latihan intensif sejak musim 2022 melabuhkan tirainya.
"Pada tahun ini, saya lebih banyak berlatih dan saya dapat merasa lebih keyakinan untuk memberikan saingan kepada kelompok depan," kata pelumba berusia 20 tahun itu.
Kempen 2023 dijadual membuka tirai untuk Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dari 25 hingga 26 Mac ini sebelum beralih ke Litar Jerez, Sepanyol, 29 hingga 30 April.
"Saya pernah beraksi di litar ini ketika sesi ujian Red Bull Rookies sebelum ini. Malah saya juga pernah berlumba di sini. Jadi untuk pusingan pertama nanti, saya merasa lebih yakin untuk memberikan saingan kepada pelumba lain," kataya.
Pada musim lalu, Danial menamatkan saingan kempen dengan mengumpul 49 mata untuk berada di tangga ke-13 keseluruhan manakala pelumba Sepanyol, Jose Rueda muncul juara keseluruhan.
"Kali ini, sasaran saya adalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik keseluruhan dan untuk itu, saya perlu menamatkan semua perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik. Saya juga akan cuba mengumpul penamat di podium sebanyak mungkin," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ke-red-bull-rookies |
|