|
BAGNAIA meraikan kejayaaan di atas podium. FOTO Reuters
Portimao, Portugal: Juara dunia Francesco Bagnaia menjuarai MotoGP Portugal selepas memanfaatkan kesilapan pelumba di petak hadapan Marc Marquez hari ini.
Bintang Ducati Bagnaia membuktikan kemampuannya dengan mencecah garisan penamat di hadapan pelumba Aprilia, Maverick Vinales dalam saingan pembuka musim di Algarve selepas cemerlang memenangi perlumbaan pecut MotoGP semalam.
Nahas membabitkan Marquez dan pelumba tuan rumah Miguel Oliveira pada peringkat awal membolehkan Bagnaia dalam landasan tepat untuk memulakan kempen mempertahankan gelaran.
Ketika bekas juara dunia enam kali itu menunggu penalti-masa hujung minggu depan di Argentina, Bagnaia meninggalkan Portimao dengan 37 mata maksima.
"Ini permulaan yang saya dan pasukan mahukan," kata pelumba Itali itu kepada motogp.com.
"Kami perlu terus mengekalkan momentum ini."
Rakan senegara Bagnaia, Marco Bezzecchi yang menunggang jentera Ducati VR46 menduduki tempat ketiga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-motogp-portugal |
|