View: 4290|Reply: 7
|
Nak Joging Tapi Takut Pengsan, Ini Mungkin Kali Terakhir Amoi Cantik Cuba Berpuasa Ketika Ramadan
[Copy link]
|
|
Pencipta kandungan, Low Sok Ying menjadi bualan di media sosial selepas berkongsi pengalamannya berpuasa pada bulan Ramadan.
Melalui perkongsian video ringkas itu, dia tetap mengikuti waktu subuh untuk bersahur iaitu jam 5 pagi dan mengisi perut dengan hidangan makanan yang dimasak sendiri.
IG
Dia yang nekad untuk berpuasa walau sehari turut berkongsi cabaran di hadapinya sepanjang menahan lapar dan dahaga.
Antara cabaran yang dirasakannya ialah sukar untuk bangun awal pagi terutama waktu subuh, pilihan menu sahur yang perlu dimasak, menahan rasa lapar dan dahaga, tarikan hidangan tengah hari iaitu sambal sotong dan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging. Hal ini kerana, dia ingin mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku.
"Sepatutnya petang mahu pergi joging, tapi takut pengsan nanti," kongsinya.
Di samping itu, dia juga memilih untuk meluangkan masa melihat keindahan alam semula jadi di kawasan rumahnya berbanding melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal.
Namun, dia berjaya berpuasa seharian dan mengikut waktu berbuka puasa di sekitar Selangor.
Pengalaman pertama dalam seumur hidup itu membuatkan Sok Ying kagum dengan orang Islam yang mampu bertahan berpuasa seharian apa lagi kalau sebulan.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 29-3-2023 12:02 PM
Non-muslim yg tak pernah terlatih untuk berpuasa, understoodlah kalau mereka rasa tak tahan kekal shnga iftar. But it shall be a good experience for those non-muslim teruja nak rasa bagaimana rasa berpuasa. Tu sebab, di kalangan anak2 muslim, wajib dilatih berpuasa sejak umur kanak2 lagi, mula2 untuk beberapa jam, setengah hari, tiga-suku hari dn akhirnya sepenuh hari. Bertatih2lah kanak2 berpuasa, ttpi jgn dipaksa. Wajar saja ibubapa janjikan imbalan kpd anak2 mereka bila mereka berjaya berpuasa. Puasa dirasa berat dlm cuaca panas dn lapar bila terlepas sahur. Namun alah bisa tegal biasa dn InsyaAllah, berkat nawaitu puasa, puasa bleh diteruskan tanpa keluhan. |
|
|
|
|
|
|
|
cutenya dia try posa nak makan sambal sotong. |
|
|
|
|
|
|
|
puasa always hit the hardest pada hari pertama. dah 2-3 hari lepas tu baru ok. Me 1st day puasa kepala berdenyut2 mcm nak pecah. 2nd day dah relax je. |
|
|
|
|
|
|
|
samala me pon..sbb hari2 dah biasa minum air byk..cabarannye haus bukan lapar. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je jumpa yg jogging di bulan puasa ..cumanya tak boleh as intense mcm biasa la .. kena ada byk relax jog. seminggu sekali dua je buat lebih sikit
bagi yg tak biasa puasa tu, memang mencabar sikit la .. |
|
|
|
|
|
|
|
Nt-ViruS replied at 29-3-2023 03:49 PM
puasa always hit the hardest pada hari pertama. dah 2-3 hari lepas tu baru ok. Me 1st day puasa kepa ...
Hahahah same with me…sebab tu paling susah bila nak stat ganti puasa. 1st day is the hardest n ganti puasa is hari yg kita sorang puasa
But once dpt lepas 1st day, next day xde masalah dah…salute to those yg rajin puasa isnin khamis |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia macam raline shah |
|
|
|
|
|
|
| |
|