The Figen baru-baru ini berkongsi video yang menyebabkan netizen yang mempunyai rasa gayat, kecut perut menontonnya.
Video tersebut merakam detik perjalanan roller coaster tertinggi di Amerika Syarikat yang terletak di Taman Glenwood Caverns.
Terdapat beberapa puncak yang setinggi 400 meter dari tanah, dan semua sedia maklum tidak semua orang yang berani menaiki roller coaster ini.
Bagi yang memiliki jiwa yang kental, tidak gayat dan meminati aktiviti lasak, roller coaster ini pastinya amat sesuai untuk mereka.
|