CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3448|Reply: 0

[Johor] Bapa sakit terkandas di Makkah, keluarga mohon bantuan

[Copy link]
Post time 3-4-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jemaah umrah, Kamis Ahmad yang terkandas di Tanah Suci akibat tidak mampu menjelaskan kos rawatan. FOTO Ihsan keluarga

Johor Bahru: "Sehingga hari ini ayah masih terkandas di Hospital Al Shefa, Makkah kerana bil hospital belum dapat diselesaikan sepenuhnya," kata Muhammad Amirul Haziq Kamis, 30 mengenai bapanya Kamis Ahmad, 67, yang kini terkandas di sana.

Menurutnya, kedua ibu bapanya pergi menunaikan umrah pada 5 Mac lalu dan sepatutnya pulang pada 15 Mac lalu.

Namun katanya, Kamis mengalami sesak nafas sehari sebelum pulang ke tanah air dan terpaksa dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dengan diiringi mutawif dari agensi umrah.

"Keadaan ayah ketika itu kritikal dan terpaksa ditidurkan pada keesokan harinya. Alhamdulilah selepas lapan hari ayah kembali sedar dan stabil pada 22 Mac lalu namun pernafasan masih bergantung dengan bantuan oksigen.

"Kesihatan ayah semakin hari bertambah baik cuma pergerakan tangan dan kaki terbatas. Dia masih perlukan seseorang untuk membantunya menguruskan diri.

"Ayah menunaikan ibadah umrah bersama emak (Jaliah Yusop, 61) dan adik beradik emak. Berikutan keadaan ayah, emak terpaksa pulang pada tarikh yang dijadualkan, ayah pula tidak dibenarkan kerana menerima rawatan di hospital," katanya.

Muhammad Amirul Haziq berkata selepas ibunya pulang ke Malaysia, dia pula ke Makkah untuk menjaga bapanya itu sehingga kini.

"Pada 27 Mac lalu, doktor mengesahkan ayah sudah stabil dan tidak memerlukan lagi alat bantuan pernafasan malah boleh keluar hospital pada bila-bila masa.

"Namun sehingga kini ayah masih terkandas di sini berikutan masalah bil hospital. Kami tidak mampu membayar kos rawatan yang melebihi tuntutan insurans yang disediakan.

"Wakil pihak konsulat Malaysia di Jeddah sudah turun sendiri ke Hospital Al-Shefa ini untuk melihat keadaan ayah dan mengambil maklum status terkini rawatan ayah di sini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, anak kedua dari tiga beradik memaklumkan sebelum berangkat menunaikan umrah, ayahnya yang juga pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang pernah berkhidmat di Tangkak Johor, ada mengambil insuran tambahan daripada pihak Al Khairi Care.

Katanya, plan insuran ini membolehkan rawatan ayah ditanggung sepenuhnya sehingga SAR15,000 (RM17,695) tetapi malangnya, kos rawatan ayah daripada hari pertama sehingga 27 Mac lalu berjumlah SAR127,250 (RM150,105).

"Jumlah ini melebihi daripada jumlah yang ditanggung pihak insurans. Pihak agensi umrah masih lagi berusaha untuk berurusan dengan hospital dan insuran bagi mendapat kelulusan penuh untuk menampung perbelanjaan rawatan ayah.

"Tetapi dengan kekangan masa yang ada, pihak kami terpaksa mencari cara lain bagi persediaan awal jika bil hospital ayah tidak boleh diselesaikan menggunakan insuran.

"Dan jalan terakhir ialah pihak waris perlu membayar sendiri jumlah tersebut barulah ayah boleh keluar daripada hospital.

"Sehingga kini, bil hospital yang perlu kami bayar adalah sebanyak SAR 127,250. Pihak insurans pula akan membayar sebanyak SAR15,000. Jadi bakinya SAR112,250 (RM136,945) perlu dilunaskan sendiri oleh waris. Baki akhir ini tidak termasuk lagi bil ayah di wad biasa pada 28 Mac hingga ke hari ini," katanya.

Menurut Muhammad Amirul Haziq, keluarganya mohon jasa baik masyarakat bagi meringankan bebanan untuk membayar kos rawatan ayahnya dan membawa pulang segera ke Malaysia.

"Bagi yang mahu menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun adik, Syahmi Ammar Kamis di nombor akaun Maybank 554035429281 atau, isteri saya, Nor Hasniza Johari di nombor akaun Maybank 5641 5556 6470.

"Mohon sekiranya mereka yang hendak menyumbang menulis Sumbangan Perubatan Haji Kamis dalam bahagian rujukan bagi mengelak akaun dibekukan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uarga-mohon-bantuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051279 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list