CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Majoriti pasukan F1 berdepan krisis

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:47 AM | Show all posts |Read mode

FERRARI sudah lama tidak memenangi gelaran dunia biarpun memegang rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Formula Satu.




PARIS: Legenda Formula Satu (F1) Perancis, Alain Prost mendedahkan sembilan daripada 10 pasukan yang ber­saing dalam perlumbaan kereta berprestij itu berdepan krisis musim ini.

Red Bull kini mendahului saingan dengan kelebihan amat selesa selepas memenangi tiga perlumbaan setakat ini, namun pasukan tersebut juga tidak lari daripada dikritik juara dunia empat kali itu.

“Pelik untuk menyaksikan musim ini, bila anda lihat ia tidak berjalan dengan baik, dan di satu sisi, ia menjadi krisis. Dan krisis ini berada di semua tahap, sama ada melibatkan orang yang besar ataupun kecil.

“Memang ada, sudah pasti, pasukan yang sedang mende­rita, seperti Mclaren, yang bukan sahaja ketika ini tidak membangun, tetapi selepas beberapa tahun, masih dalam keadaan teruk.


ALAIN PROST

“Ada pula pasukan Alpine, yang cuba untuk pulih dengan perlahan. Mercedes pula, yang bertahan dengan konsepnya yang inovatif tetapi jelas tidak berhasil,” jelas Prost.

Prost juga turut mengkritik bekas pasukannya, Ferrari yang membuat keputusan membawa masuk pelumba dan ketua baharu, seorang warga asing yang sehingga kini tidak berupaya mendapatkan keputusan membanggakan.

Ferrari memegang rekod sebagai pasukan paling ba­nyak memenangi kejuaraan pemandu dan pengeluar dunia, namun kali terakhir pemandu mereka merangkul gelaran dunia adalah pada 2007 menerusi Kimi Raikkonen.


MAX VERSTAPPEN

Bagi Red Bull, Prost berpendapat walaupun mereka me­nguasai saingan F1 ketika ini, masih ada perkara yang mereka perlu risaukan.

“Ia adalah sistem yang me­numpukan kepada seorang pemandu sahaja, Max Verstappen, yang telah menunjukkan petanda awal kegagalan sistem tersebut.

“Sergio Perez yang kini bersama pasukan mendapati dia berupaya untuk menang dan tidak akan lagi menahan diri untuk berada di belakang. Jika Red Bull meneruskan dominasi, beberapa minggu akan datang amat getir untuk penyandang juara itu,” tambah Prost.

Bagaimanapun dia positif dengan pasukan Aston Martin yang telah membuat perubahan musim lalu antaranya membawa masuk bekas juara dunia, Fernando Alonso. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... f1-berdepan-krisis/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list