CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] "Kalau tak dapat sumbangan... saya pakai baju-T lama untuk Aidilfitri'

[Copy link]
Post time 9-4-2023 11:33 PM | Show all posts |Read mode
"Kalau tak dapat sumbangan... saya pakai baju-T lama untuk Aidilfitri'


Hamzah Osman
[email protected]



NOR Saidi (kiri sekali) membantu anak yatim, Fadzli Sabri, 10, mencuba pakaian baharu. FOTO Hamzah Osman.




Langkawi: "Kalau tak dapat sumbangan... saya pakai baju-T lama sahaja. Menerusi sumbangan hari ini dapatlah saya pakai baju Melayu baharu untuk Aidilfitri tahun ini," kata anak yatim, Fadzli Sabri, 10.

Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba itu berkata, ini adalah kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa ibu, apabila ibunya, Linda Shaari meninggal dunia Oktober lalu.

"Kini, saya tinggal bersama bapa, Sabri Hamid, 40, yang berhadapan masalah untuk bergerak selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

"Kami nak makan pun jiran yang tolong, sebelum dipanggil ke majlis ini saya tak terfikir dapat beli baju baharu untuk Aidilfitri kali ini," katanya yang juga orang kurang upaya (OKU) kudung jari.

Seorang lagi anak yatim, Nik Norsuhaila Hamid, 11, dari Kampung Nyiur Chabang turut berasa amat gembira dan bersyukur.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, ibunya, Kamilah Ibrahim, 40, tidak mampu menyediakan kelengkapan hari raya kepada dia dan dua adiknya kerana kemiskinan.

"Bapa kami sudah lama menghilangkan diri dan emak pula tidak bekerja kerana tiada pengangkutan, jadi nak makan pun sudah, apatah lagi untuk beli baju baharu," katanya.

Mereka berdua adalah sebahagian 130 anak yatim yang teruja menerima bantuan Aidilfitri sumbangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Nor Saidi Nanyan di Gedung Jakel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Jakel Langkawi, Shahril Zaman Nasir.

Nor Saidi berkata, beliau terharu kerana program amal meraikan anak yatim itu mendapat sokongan pelbagai pihak, selain turut menerima sumbangan daripada individu bukan Islam.

"Program menyantuni anak yatim menjelang Aidilfitri dilakukan setiap tahun ketika saya menjadi Adun Kuah dulu dan ia diteruskan tahun ini walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat.

"Semua anak yatim dari seluruh Langkawi dibawa ke pusat beli-belah supaya mereka dapat memilih sendiri baju digemari dengan kadar RM100 seorang, manakala Jakel memberi sumbangan tunai duit raya," katanya.



Disiarkan pada: April 9, 2023 @ 11:13pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.185648 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list