CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Kedah] Cubaan seludup diesel ke Thailand gagal

[Copy link]
Post time 10-4-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seludup diesel ke Thailand gagal

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 10, 2023 @ 4:24pm [email protected]




Bahagian bawah pikap mempunyai tangki tambahan untuk menyimpan minyak diesel sebelum dirampas pihak berkuasa. - Foto KPDN




ALOR SETAR: Penguat kuasa mematahkan cubaan menyeludup 700 liter minyak diesel ke Thailand selepas merampas dua kenderaan berasingan, Sabtu dan semalam.

Dalam kejadian semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam menahan sebuah kenderaan jenis pikap bernombor pendaftaran asing menghala ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Keselamatan (ICQS).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata anggota PGA menemui tangki tambahan mengandungi minyak diesel kira-kira 500 liter dan menyerahkan kes itu kepada KPDN.

"Pemandu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan," katanya hari ini.

Affendi berkata, pemandu berusia 21 tahun itu turut ditahan dan dikenakan perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

"Anggaran rampasan minyak diesel RM1,075, manakala rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM71,075.

Affendi berkata, dalam rampasan Sabtu lalu, penguat kuasa KPDN Alor Setar melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori dalam pemeriksaan Ops Statik di stesen minyak di Changlun jam 10 malam.

Beliau berkata, anggotanya memeriksa sebuah lori dan menemui sebuah tangki tambahan serta merampas minyak diesel sebanyak 200 liter.

Affendi berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.139758 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list