CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kapasiti dua empangan di Pulau Pinang turun 50 peratus

[Copy link]
Post time 11-4-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-4-2023 02:15 PM

Kapasiti dua empangan di Pulau Pinang turun 50 peratus

oleh  SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 11 April 2023  12:50pm





Kapasiti terkini Empangan Air Itam mencatatkan 51.8 peratus.




GEORGETOWN - Kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menunjukkan penurunan kira-kira 50 peratus susulan cuaca panas selain kadar penggunaan yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, K Pathmanathan berkata, pada Isnin, kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah 51.8 peratus berbanding 82.5 peratus pada 1 Januari lalu, manakala Empangan Teluk Bahang adalah 51.3 peratus berbanding 64 peratus pada tempoh sama.

Menurutnya, bagi rekod jumlah hujan di kedua-dua empangan itu bagi tiga bulan iaitu Januari hingga Mac pula menunjukkan hanya Februari merekodkan jumlah hujan yang tinggi.

"Bagi Empangan Air Itam, pada Januari, ia merekodkan jumlah hujan 20 milimeter(mm), 85.5mm (Februari) dan 23.5mm pada Mac. Sementara itu, bagi Empangan Teluk Bahang, 62.5mm pada Januari, 106mm (Februari) dan 82.5mm (Mac). Bagi rekod penggunaan air harian pada Januari adalah 875 juta liter sehari (JLH) dan 944 JLH pada Februari.

"Statistik ini menunjukkan bahawa taburan hujan rendah di kawasan tadahan air (KTA) empangan dan permintaan air yang tinggi merupakan dua faktor utama yang menyebabkan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menurun sebanyak 30.7 peratus dan 12.7 peratus sejak 1 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, sehubungan itu, pengguna air di negeri ini dinasihatkan menggunakan air dengan berhemat sehingga musim hujan lebat untuk mengisi semula empangan.

"Data analisis penggunaan PBAPP 2022 menunjukkan penggunaan air domestik menyumbang 61.5 peratus daripada purata penggunaan harian Pulau Pinang iaitu sebanyak 868 JLH.

"Oleh itu, pengguna diminta berjimat seperti tidak membiarkan paip mengalir, elakkan penggunaan hos, baiki semua paip dan pili yang bocor dengan segera serta menyimpan bekalan air sekurang-kurangnya untuk keperluan sehari isi rumah," katanya.



Pathmanathan menambah, PBAPP sedang melaksanakan langkah-langkah kejuruteraan bekalan air antaranya mengoptimumkan pengabstrakan air mentah dari Sungai Muda dan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta mengepam lebih banyak air terawat dari LRA Sungai Dua ke Pulau Pinang (melalui tiga set saluran paip berkembar dasar laut) untuk menyokong bekalan air di pulau.

"Selain itu, sebagai maklum balas kepada senario amaran bekalan air ini, kita telah meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang seboleh mungkin tanpa menjejaskan perkhidmatan bekalan air serta meningkatkan kawalan cuaca kering untuk mempertahankan kapasiti efektif kedua-dua empangan secara strategik selama mungkin.

"PBAPP juga telah membuat penjadualan semula berjadual untuk meminimumkan pembaziran air, memberi maklum balas kepada aduan awam mengenai paip pecah atau bocor secepat mungkin dan menyediakan pelan kontingensi untuk menangani permintaan air di kawasan tanah tinggi dan hujung paip agihan jika musim kemarau semasa berterusan," katanya.





sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034572 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list