CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Perlis] Azlan Man akan didakwa lagi esok

[Copy link]
Post time 11-4-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Azlan Man akan didakwa lagi esok


]BERNAMA



AZLAN. FOTO arkib NSTP



Kuala Lumpur: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, esok atas lima pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Azlan, 64, akan berdepan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media hari ini memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa bekas Menteri Besar itu esok.

Semalam, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib memohon Mahkamah Sesyen Kangar semalam supaya menetapkan tarikh sebutan kes dalam tempoh sebulan ini memandangkan Azlan turut dijangka berhadapan dengan lima pertuduhan di bawah AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Azlan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu namun tewas pada PRU-15.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 turut gagal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.



Disiarkan pada: April 11, 2023 @ 4:27pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.211132 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list