CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat 'keldai akaun' sindiket tipu ditahan polis

[Copy link]
Post time 11-4-2023 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Empat 'keldai akaun' sindiket tipu ditahan polis


Oleh BERNAMA - April 11, 2023 @ 11:12pm





BALIK PULAU: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dijadikan 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM238,889.21 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam kenyataannya, memaklumkan empat lelaki berusia 29 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di sekitar di Bayan Lepas, Georgetown serta Simpang Ampat, dekat sini.

"Berdasarkan siasatan, polis mendapati empat lelaki itu terlibat dengan beberapa sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak insurans, pegawai polis dan memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman wang tidak wujud dalam talian.

"Semua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes yang dilaporkan pada tahun 2017, 2020 dan 2023. Jumlah kerugian yang telah dialami oleh mangsa-mangsa ialah RM2,725 sehingga RM238,889.21," menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037002 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list