CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 1

[Kedah] Kanak-kanak perempuan melecur ketika bermain bunga api

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang melecur pada badan dan muka ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Pembaca

PENDANG: Seorang kanak-kanak perempuan melecur pada badannya dipercayai bermain bunga api di rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang, di sini, malam semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10.30 malam menyebabkan mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi, 4, melecur hampir 46 peratus badannya.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital jam 2.45 pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sewaktu mangsa serta dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api di depan rumah mereka.


"Ketika itu, ibu bapa mangsa pula berada di dalam rumah dan dikatakan sedang menonton televisyen.

"Namun secara tiba-tiba pasangan suami isteri itu terdengar jeritan anak mereka dan berlari keluar sebelum mendapati dua anak lelaki mereka sedang cuba memadam api yang membakar tubuh mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, bapa mangsa yang bekerja kampung itu kemudian mengambil sebaldi air lalu menjirus badan anaknya itu sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berikutan bapa mangsa mendakwa anak perempuannya terbakar selepas disambar api pelita minyak tanah ketika ingin menyalakan bunga api.

"Namun kejadian sebenar hanya akan diketahui selepas kita mengambil rakaman keterangan dua abang mangsa kerana buat masa ini mereka masih dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku.

"Pihak hospital setakat ini masih belum memaklumkan laporan keputusan punca kecederaan sebenar mangsa sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau mercun," katanya.

Arriz Sham berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu ibu bapa atau penjaga mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.

https://www.bharian.com.my/berit ... a-bermain-bunga-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 11:01 AM | Show all posts
mak bapak cuai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071160 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list