CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keldai akaun sindiket penipuan kena cekup

[Copy link]
Post time 14-4-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Keldai akaun sindiket penipuan kena cekup


BERNAMA



Gambar hiasan



Balik Pulau: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lalu.

Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya tepi jalan di Bayan Lepas, di sini.

"Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan lelaki itu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket dalam penipuan menyamar sebagai Telekom Malaysia dan pegawai polis.

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM83,400 membabitkan kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini," menurut kenyataan itu.

Lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.




Disiarkan pada: April 14, 2023 @ 12:48pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.997038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list