CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Perlis] Perlis tidak berasa dipinggirkan Kerajaan Pusat walaupun ditadbir pembangkang - MB Perlis

[Copy link]
Post time 15-4-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Perlis tidak berasa dipinggirkan Kerajaan Pusat walaupun ditadbir pembangkang - MB Perlis


Aizat Sharif
[email protected]



Mohd Shukri Ramli.




Kangar: Perlis tidak pernah berasa dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan meskipun pentadbiran negeri itu kini diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, tidak timbul isu di negeri itu berkaitan keciciran mahu pun dipinggirkan daripada limpahan peruntukan Kerajaan Perpaduan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Memang betul, setakat ini, Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengurangkan atau meminggirkan kita daripada segi peruntukan untuk kita di Perlis.

"Malah, daripada segi projek yang kita mohon itu, walaupun ada yang tidak dapat semua tetapi Kerajaan Persekutuan tetap memberikan peruntukan yang sebelum ini sudah dirancang," katanya dihubungi hari ini.

Katanya, kerajaan negeri merancang pelbagai pembangunan untuk kesejahteraan rakyat di Perlis.

"Kita minta (kelulusan peruntukan projek) itu banyak (daripada Kerajaan Persekutuan) dan ini adalah amalan biasa bagi setiap kerajaan negeri.

"Sebagai contoh, kita minta RM20 juta dan mereka beri RM10 juta, kita minta RM10 juta, mereka beri RM8 juta dan peruntukan ini sememangnya dikhususkan kepada Perlis.

"Kiranya peruntukan itu tetap ada kepada kita walaupun kita adalah negeri pembangkang," katanya.

Semalam, Anwar menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan negeri yang diterajui pembangkang.

Malah, pihaknya sentiasa berusaha membina hubungan baik dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terbela.




Disiarkan pada: April 15, 2023 @ 12:27pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list