CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Damok mula ‘ketagih’ kutip mata di Moto3

[Copy link]
Post time 16-4-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK menduduki tempat ke-11 pada GP Argentina membolehkannya meraih lima mata selepas dua perlumbaan.

Damok mula ‘ketagih’ kutip mata di Moto3

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Syarifuddin Azman tekad untuk memperbaiki pres­tasi menjelang perlumbaan sebenar Grand Prix (GP) Americas di Litar Americas (COTA) yang berlangsung tengah malam ini.

Dia yang mengutip lima mata pada perlumbaan GP Argentina dua minggu lalu mengharungi hari tidak menentu apabila menampilkan tunggangan di bawah tahap sebenar pada sesi latihan bebas sebelum ini.

Justeru, pelumba yang mesra dengan panggilan Damok itu berharap dia mampu untuk menampilkan tunggangan lebih baik, sekali gus mengulangi pencapaian yang dilakar di Litar Termas de Rio Hondo.

“Hari ini (semalam) tidak berapa positif buat saya, tetapi saya akan berusaha serta berikan yang terbaik bagi memperbaiki prestasi diri dan jentera. Saya yakin pasukan juga akan sediakan jentera terbaik untuk perlumbaan.

“Saya harap semua orang dapat mendoakan supaya saya dapat menambah baik prestasi menjelang hari perlumbaan nanti. Sudah tentu saya harapkan keputusan sama seperti di Argentina,” kata pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu.

Untuk rekod, aksi Damok pada musim pertamanya dalam kelas Moto3 boleh dianggap memberangsangkan apabila sudah mengumpul lima mata meskipun perlumbaan sulung di Portugal menyaksikan dia menamatkan saingan di tempat ke-22.

Kecewa dengan perlumbaan pertama di Portugal, pelumba berusia 21 tahun itu menampilkan aksi cukup cemerlang pada GP Argentina apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 walaupun bermula di petak ke-20.

Keputusan itu sekali gus membangkitkan semangat Damok dan dia juga pernah menyatakan keazaman untuk mengulangi pencapaian tersebut menjelang perlumbaan GP Americas tengah malam ini.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... utip-mata-di-moto3/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.093862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list