View: 239|Reply: 0
|
Damok enggan ratapi kekecewaan
[Copy link]
|
|
DAMOK pada perlumbaan GP Americas di Litar Americas (COTA) yang berlangsung tengah malam tadi. FOTO FB SYARIFUDDIN AZMAN
Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman tidak mahu terus meratapi kekecewaan selepas gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Americas di Litar Americas (COTA), tengah malam tadi.
Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok dilihat sukar mengekalkan momentum perlumbaan, sekali gus menyaksikan terpaksa akur dengan kehebatan pelumba lain.
Damok berkata, walaupun kecewa dengan persembahan yang dipamerkan pada perlumbaan itu, dia harus memandang ke depan dengan memperbaiki kelemahan supaya tampil lebih meyakinkan.
"Saya agak kecewa kerana tidak dapat habiskan perlumbaan. Tapi keseluruhannya, saya ada membuat penambahbaikan yang besar pada minggu ini.
"Jadinya, saya perlu memandang ke hadapan dan fokus untuk perlumbaan akan datang. Saya harap semua sentiasa mendoakan saya. Saya harus kembali lebih kuat di perlumbaan seterusnya di Litar Jerez, Sepanyol," katanya.
Aksi Damok pada musim pertamanya dalam kelas Moto3 boleh dianggap memberangsangkan apabila sudah mengumpul lima mata meskipun perlumbaan sulung di Portugal menyaksikan dia menamatkan saingan di tempat ke-22.
Kecewa dengan perlumbaan pertama di Portugal, pelumba berusia 21 tahun itu menampilkan cemerlang di GP Argentina apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 walaupun bermula di petak ke-20.
Keputusan itu membangkitkan semangat Damok dan dia pernah menyatakan keazaman untuk mengulangi pencapaian terbabit pada perlumbaan akan datang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-ratapi-kekecewaan |
|
|
|
|
|
|
| |
|