CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Johor] Lelaki terbakar, lari ke tengah jalan diselamatkan

[Copy link]
Post time 19-4-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode

PETIKAN video tular menunjukkan pemilik premis stesen minyakmemadamkan api dan menyelamatkan mangsa.

Segamat: Seorang lelaki terbakar sebelum diselamatkan pemilik stesen minyak, dalam kejadian di sini, 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menerima laporan berkaitan mangsa, 24, terbabit.

"Pemilik premis stesen minyak, 60an, berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa dengan menggunakan pemadam api," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya berlari ke arah Jalan Seremban-Johor Bahru dan duduk di tengah jalan tersebut.

Ahmad Zamry berkata, pemandu lori yang melalui jalan tersebut berjaya menghentikan kenderaannya apabila nampak kelibat lelaki terbabit di tengah jalan namun, kereta di belakang gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar di lori itu.

"Mangsa dalam keadaan melecur hampir seluruh badan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mangsa menerima rawatan di HDS dan pegawai perubatan mengesahkan 70 peratus tubuh badannya terbakar.

Mangsa masih ditahan di wad HDS bagi rawatan lanjut.

Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut seksyen 309 kanun keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pihak polis turut menasihat orang ramai untuk mendapatkan kaunseling dengan pakar atau pihak profesional jika menghadapi sebarang tekanan jiwa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkan ke pusat kawalan daerah Segamat di talian hotline 07-9324222.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jalan-diselamatkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060464 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list