CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

[Johor] 10 cedera tiga kenderaan terbabit kemalangan

[Copy link]
Post time 30-4-2023 10:02 PM | Show all posts |Read mode
10 cedera tiga kenderaan terbabit kemalangan


SALAH sebuah kereta terbalik selepas kemalangan di jalan Felda Endau-Mersing, pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM.


Mersing: Tiga kanak-kanak antara 10 yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Endau-Mersing, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 lagi.

Katanya, kemalangan berlaku membabitkan Toyota Vios, Toyota Camry dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai.

"Dua daripada tiga kanak-kanak yang cedera ialah mereka menaiki Toyota Camry dan manakala seorang lagi menaiki Hyundai.

"Lapan anggota bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan kepada mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, pasukan keluaran operasi turut menghulurkan bantuan kepada pasukan perubatan untuk memindahkan mangsa ke bahu jalan.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terbabit-kemalangan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051556 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list