View: 269|Reply: 0
|
Yiat Qing teruskan penguasaan sukan terjun
[Copy link]
|
|
YIAT QING, bergambar bersama pingat emasnya yang diraih dalam acara terjun 10m platform di Pusat Akuatik Stadium Nasional Morodok, Phnom Penh. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Phnom Penh: Skuad terjun negara terus menguasai Pusat Akuatik Morodok Tech, di sini, apabila meraih emas ketiga menerusi atlet muda berusia 15 tahun, Lee Yiat Qing dalam acara 10 meter (m) platform wanita, hari ini.
Yiat Qing melakukan terjunan emas dengan mengumpul 253.8 mata keseluruhan, mengatasi Bui Thi Hong Giang dari Vietnam yang menghimpun 242.2 mata manakala gangsa milik wakil Indonesia Gladies Lariesa Garina.
Kejayaan Yiat Qing itu turut menyaksikan kem terjun negara semakin hampir untuk menyapu bersih pingat emas di Kemboja dengan hanya tinggal satu lagi acara platform lelaki, esok.
Penerjun dari Kuala Lumpur itu mengakui bahawa dia tidak menyangka dapat menyumbang emas buat skuad negara kerana ini kali pertama dia menyertai Sukan SEA.
"Saya hanya melakukan terjunan seperti ketika latihan dan inilah keputusannya. Saya tidak sangka menang emas selepas mengambil kira semua faktor termasuk ia penampilan pertama saya di Sukan SEA.
"Saya bangga dengan diri saya sebab saya berlatih untuk 10 meter (platform) sebelum Sukan SEA, yang mana sebelum ini acara saya 3 meter. Saya tukar acara ini pada hujung tahun lalu," katanya.
Sebelum ini, skuad terjun negara membuka aksi di Sukan SEA Kemboja dengan cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara 3m papan anjal wanita menerusi Kimberly Bong Qiang Ping.
Semalam, giliran dua penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim mempertahankan pingat emas dan perak dalam acara 3m papan anjal lelaki yang dimenangi mereka pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uasaan-sukan-terjun |
|
|
|
|
|
|
| |
|