CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Johor] Sampah terbang dari atas flat

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode

SEKITAR tinjauan kebersihan di Flat PPR Kempas, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Sikap segelintir penduduk yang kurang kesedaran sivik antara faktor utama tahap kebersihan flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan kotor dengan sampah sarap.

Tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini, mendapati ada penduduk membuang sampah dari atas menjadikan tingkat bawah flat seolah-olah menjadi tong sampah terbuka.

Malah ketika wartawan menemubual penduduk di tingkat bawah flat boleh dilihat sampah terbang termasuk cebisan kotak, plastik bungkusan mi segera, botol minuman serta kotak rokok dilontarkan dari tingkat atas.

Pesara kerajaan, Roslina Abd Samad, 53, berkata sampah terbang adalah pemandangan biasa di kebanyakan flat termasuk penempatan berkenaan walaupun pelbagai notis peringatan, nasihat serta amaran dikeluarkan jawatankuasa penduduk.

Katanya, kesedaran sivik segelintir penduduk yang rendah serta tidak mahu menerima teguran menjadikan kawasan bawah flat kotor walaupun saban hari dibersihkan tukang sapu.

"Saya sendiri nyaris terkena tin minuman serta bungkusan sampah yang dilontar dari tingkat atas. Pernah juga penduduk di sini menegur namun kami pula dimarahi.

"Lihat sahaja di atas 'awning' (sengkuap) tingkat satu flat ini, penuh dengan sampah sarap yang dibaling penduduk dari tingkat atas, padahal sebelum Aidilfitri lalu ia sudah dibersihkan," katanya ketika ditemui.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat kos rendah di negeri ini.

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk PPR Kempas Permai, Abdul Farid Abdul Rashid, 61, turut kecewa dengan sikap penduduk yang tidak mengambil berat aspek kebersihan termasuk ada yang membuang air kecil dan besar di dalam lif.

Katanya, kejadian penduduk membuang air kecil dan besar di dalam lif itu berlaku sebelum Ramadan lalu, selepas dua minggu lif baharu dipasang.

"Sebelum Ramadan lalu, lif di sini, rosak lama dengan penduduk termasuk warga emas daam murid sekolah menderita terpaksa naik turun tangga di flat 17 tingkat ini setiap hari.

"Apabila kerajaan sudah ganti lif baharu sebelum Ramadan lalu, ada pula penduduk tidak bertanggungjawab membuang air kecil dan besar dalam lif sehingga jijik kami hendak guna lif.

"Penduduk dan ahli jawatankuasa terpaksa membersihkan air kencing dan najis dewasa itu supaya ia kembali bersih. Sikap pengotor dan jijik sebegini menyebabkan penduduk kecewa dan ralat kerana ia menjejaskan kemudahan dan ketenteraman kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bang-dari-atas-flat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066053 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list