CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1925|Reply: 4

Ikuti 10 Petua Di Dapur Ini, Barulah Bahan Kering Tahan Lama & Tak Cepat Rosak!

[Copy link]
Post time 17-5-2023 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Ikuti 10 Petua Di Dapur Ini, Barulah Bahan Kering Tahan Lama & Tak Cepat Rosak!




Siapa sangka ada banyak rupanya petua-petua di dapur dari orang lama, yang boleh diikuti supaya bahan masakan dapat bertahan lebih lama. Terutamanya bahan-bahan kering yang mudah cepat rosak, layu, berkulat dan sebagainya apabila disimpan dua hingga tiga hari.

Tidak ke membazir kalau begitu kerana sudah tidak boleh digunakan lagi. Justeru itu, mari ikuti perkongsian petua di dapur dari Puan Fatimah Hashim seperti di bawah.

PETUA-PETUA DI DAPUR


PETUA-PETUA DAPUR YANG PATUT DI AMALKAN SEHARIAN
Saya dulu pun tidak tahu boleh buat macam ini untuk jimatkan masa dan express proses-proses dekat dapur. Memudahkan urusan kita sebagai suri rumah tangga.

1. CARA SIMPAN CILI PADI TAHAN LAMA
  • Buang tangkai dari badan cili.
  • Masukkan dalam bekas dan alas dengan tisu.
  • Letak seulas bawang putih yang telah dikupas.


2. CILI KERING KISAR TAHAN LAMA
  • Kisar cili kering dengan sedikit minyak masak bagi mengelakkan ia berkulat cepat.
  • Kemudian panaskan ia dengan sedikit garam hingga kering airnya.
  • Simpan dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk.


3. TAUHU TIDAK MELEKAT DIKUALI
Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng.
Hasilnya, tauhu tidak melekat.

4. TAUGEH
  • Simpan dalam bekas berisi air dan campurkan bersama jus lemon.
  • Tauge akan tahan segar dan rangup selama seminggu.
  • Boleh gantikan lemon dengan sedikit garam.


5. SANTAN / KELAPA PARUT


Santan

Masukkan sedikit garam kasar ke dalam santan dan kacau rata.
Simpan dalam peti sejuk.
Atau,

Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih yang berikat di freezer tanpa garam.
Kelapa parut

Boleh guna cara sama seperti santan. Atau cara lain seperti di bawah ini:

  • Gumpalkan kelapa parut kepada rupa bebola.
  • Tambah sedikit air kalau terlalu kering.
  • Simpan di dalam freezer dengan bekas bertutup.
  • Ia boleh tahan sampai 2-3 bulan.



6. HILANGKAN PIJAR TANGAN TERKENA CILI
  • Lumurkan garam atau gula pada tangan.
  • Biarkan seketika dan bilas macam biasa.
  • Atau,Ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam atau gula.
  • Rendamkan tangan ke dalamnya selama 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.



7. KENTANG



Sebelum simpan kentang jangan cuci, kerana ia akan lembap dan mudah ditumbuhi bakteria sehingga cepat rosak.
Tambahan, kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan tunas.
Elak simpan kentang berdekatan dengan bawang kerana gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak.


8. MUDAH KUPAS KERANG
Semasa merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.
Kerang akan terbukan sedikit dan memudahkan proses mengupas.
Namun, tidak semua kerang terbuka kulitnya walaupun telah direbus lama.


9. SAYURAN HIJAU
Sayur berdaun boleh tahan lebih lama jika balut dengan tisu.
Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik ziplock.
Dalam peti sejuk, bekas/beg tadi akan melindungi sayur daripada layu.
Atau,Rendam sayuran dalam air garam selama 2-3 minit.
Toskan airnya dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk.


10. HILANG PAHIT PERIA
Potong peria dan rendam dalam air berisi garam halus.
Setelah 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.


Sumber: Facebook Fatimah Hashim via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
https://siraplimau.com/petua-pet ... masakan-tahan-lama/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tq share petua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:50 AM | Show all posts
Tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq info
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Noted
Thanks dah sharing tips
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.888862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list