View: 2087|Reply: 0
|
Jet pejuang supersonik J-10C buatan China sertai LIMA
[Copy link]
|
|
BEIJING: Pasukan aerobatik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) August 1 yang dilengkapi jet pejuang J-10C akan menyertai pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA), kata jurucakap tentera pada Selasa.
Menurut Xinhua, pasukan itu akan menyertai LIMA edisi ke-16 yang dijadualkan dari 23 hingga 27 Mei, kata jurucakap Tentera Udara PLA, Xie Peng.
Xie berkata, pertunjukan udara itu kelak adalah yang pertama dilakukan oleh pasukan itu di luar negara sejak perubahan peralatan.
J-10C, jet pejuang supersonik pelbagai guna dibangunkan sendiri oleh China yang mampu mengekalkan keunggulan udara jarak dekat dan sederhana dan boleh menyerang sasaran di darat dan laut.
Pasukan August 1 dilancarkan lebih enam dekad lalu dan dinamakan sempena tarikh PLA diasaskan. Setakat ini, pasukan itu sudah melakukan lebih 700 pertunjukan udara di lebih 170 negara dan wilayah.
-BERNAMA-XINHUA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|