CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Johor] Taska dipercayai terbabit dera dua bayi ditutup serta merta

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

KHAIRIN-Nisa mengadakan tinjauan ke taska di Mutiara Rini, Skudai, hari ini. FOTO FB Khairin-Nisa

Johor Bahru : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menutup operasi taska yang dipercayai terbabit dalam kes dera dua orang bayi di Mutiara Rini, Skudai di sini, serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, tindakan itu diambil selepas taska berkenaan disahkan tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Beliau berkata, dua cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah, turut diarahkan tutup operasi.

Khairin-Nisa yang meninjau taska berkenaan pagi tadi berkata, beliau turut bertemu pengusaha taska berkenaan dan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara itu.

"Saya mendapati taska berkenaan belum mendapatkan lesen dari JKM kerana belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan bomba.

"Jika belum dapat kebenaran daripada ketiga-tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini kita sudah nasihat supaya tidak beroperasi tanpa lesen tetapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

"Jadi, ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan dilak serta merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984," katanya.

Khairin-Nisa berkata, pengusaha taska itu dipercayai sudah memohon lesen pada awal tahun ini dan beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihati ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska supaya menyemak sendiri dengan JKM sama ada tempat yang dihantar mempunyai lesen menjaga kanak-kanak.

Semalam, tular di media sosial dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat memaparkan seorang wanita mendera seorang bayi.

Tindakan wanita itu mengundang marah netizen selepas dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit.

Malah, wanita yang kelihatan marah kerana bayi itu menangis turut meniup muka bayi terbabit sehingga menyebabkan bayi itu seperti sukar bernafas.

Wanita yang juga pengasuh taska swasta berusia 21 tahun itu kini ditahan reman empat hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ditutup-serta-merta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056230 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list