CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Melaka] Tiga sahabat tak mengaku pecah pejabat, curi RM900,000

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

TIGA tertuduh dibawa ke lokap mahkamah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Tiga sahabat dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan pecah masuk pejabat syarikat keselamatan dan melarikan wang tunai RM900,000 Februari lalu.

Tertuduh Md Halim Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal, masing-masing berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan pertuduhan mereka didakwa bersama-sama dua individu yang masih bebas dituduh melakukan pecah dan masuk pejabat SRT-EON Security Services Sdn Bhd dan melarikan wang tunai RM900,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman TU2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada 21 Februari lalu antara 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman merayu jaminan dikurangkan bagi ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM6,000 setiap seorang.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Jun depan bagi sebutan lantikan peguam dan serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jabat-curi-rm900000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050941 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list