View: 231|Reply: 0
|
Misi buru tiket Piala Dunia Remaja
[Copy link]
|
|
SKUAD bimbingan Lailin akan beraksi di Piala Remaja Asia Wanita 2023. FOTO MHC
Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja wanita negara mensasarkan kedudukan tiga terbaik pada saingan Piala Remaja Asia Wanita 2023 bagi membolehkan mereka layak ke Piala Dunia Remaja 2023 di Chile, November ini.
Menurut jurulatihnya, Lailin Abu Hassan, proses pemilihan sudah pun bermula sejak awal tahun 2022 dengan tiga faktor utama iaitu kecergasan pemain, keserasian antara satu sama lain dan mempunyai mentaliti untuk menang menjadi kriteria utama.
"Semestinya pemain yang beraksi di Sukan Sea baru-baru ini mendapat satu suntikan semangat kerana sudah beraksi di pentas yang tinggi, dan mereka ini juga pemain yang matang dari segi memahami dan melaksanakan taktikal serta strategi yang dirancang pasukan," katanya.
Skuad kendalian Lailin dijadual menyertai Piala Remaja Asia 2023 di Kakamigahara Gifu, Jepun pada 2 hingga 11 Jun ini yang menjadi pentas kelayakan ke Piala Dunia dengan perlawanan pertama bertemu Taiwan pada 2 Jun ini.
Seramai 20 pemain dijadual berlepas ke Jepun Isnin ini dan enam daripada adalah pemain berpengalaman bersama skuad senior negara - lima daripada enam pemain bekenaan juga pernah membantu pasukan meraih emas di Sukan Sea Kemboja, baru-baru ini.
"Ketika di Sukan Sea baru-baru ini, lima pemain yang beraksi adalah barisan pemain utama. Jadi saya berharap pemain ini dapat membantu pemain muda yang lain bagi mencapai keputusan yang kami sasarkan di Piala Remaja Asia nanti.
"Perlawanan pertama kami akan bertemua Taiwan diikuti India yang menjadi pasukan terkuat pada kejohanan ini, seterusnya Uzbekistan dan Korea Selatan pada perlawanan terakhir.
"Kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mengutip mata pada pertemuan dengan Taiwan serta Uzbekistan selain pertemuan dengan Korea Selatan akan menjadi penentuan untuk kami mencapai sasaran layak ke separuh akhir sebelum cuba untuk muncul selaku tiga pasukan terbaik kejohanan dan seterusnya layak ke Piala Dunia Remaja 2023, Chile," kata Lailin.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama India, Korea Selatan, Taiwan dan Uzbekistan sementara Kumpulan B diisi Jepun, China, Hong Kong, China, Indonesia dan Kazakhstan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -piala-dunia-remaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|