CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Pahang] Ibu tunggal kudung kedua kaki, 2 anak hidap penyakit kronik

[Copy link]
Post time 28-5-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Zarina ketika ditemui di rumahnya di Sungai Isap Perdana, Kuantan. FOTO KHAIRULMIZAN YAHYA

Kuantan : "Saudara yang datang melawat ada cakap saya kuat hadapi dugaan ini...hakikatnya tiada siapa tahu sebenarnya saya menangis sendirian," kata ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU), Zarina Mohd Ali.

Zarina, 59, bukan sahaja kehilangan kedua belah kakinya akibat penyakit kencing manis, malah tiga anaknya berusia 22 hingga 30 tahun juga disahkan menghidap penyakit kronik termasuk seorang daripadanya meninggal dunia pada Khamis lalu.

Anak bongsunya, Khairun Nisha Mohd Shamsuri, 22, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Menurut ibu malang itu, dugaan demi dugaan menimpa keluarganya bermula dengan anak keduanya, Khairun Nabilah Mohd Shamsuri, 29, yang disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sejak 2011 ketika berusia 17 tahun dan kini perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga hari seminggu.

"Kemudiannya pada 2016, kaki kiri saya terpaksa dipotong dari paras lutut kerana kencing manis, manakala kaki kanan pula dipotong kira-kira tiga tahun lalu.

"Kehidupan kami sekeluarga mula berubah selepas suami (Mohd Shamsuri Abdullah) meninggal dunia pada tahun 2017 akibat serangan jantung menyebabkan kami hilang tempat bergantung," katanya ketika ditemui di kediamannya di Sungai Isap Perdana di sini.

Bercerita lanjut, Zarina berkata, selepas itu anak bongsunya, Khairun Nisha pula didiagnos dengan kegagalan fungsi buah pinggang kira-kira dua tahun lalu dan perlu menjalani dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD).

"Pada awalnya, doktor mengesan Nisha mengalami kurang darah (anemia) selain dalam badannya dipenuhi toksin sebelum disahkan mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani CAPD di rumah.

"Nisha pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) serta dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan mengalami jangkitan kuman sebelum ini.

"Selepas tujuh hari bertarung nyawa, doktor mengesahkan Nisha gagal meneruskan rawatan dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Tidak setakat itu, anak sulungnya yang menjadi tulang belakang keluarga, Mohd Amir Haziq, 30, juga disahkan mengalami masalah jangkitan kulit.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan Amir tidak boleh bergerak bebas dan hanya terlantar di rumah sejak November tahun lalu.

"Sejak menderita penyakit itu, Amir tidak mampu lagi untuk bekerja dan kini berada di HTAA kerana menerima rawatan," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga kini hanya bergantung dengan wang persaraan arwah suaminya sebanyak RM1,200 sebulan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Zarina dan keluarga boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional milik Zarina Mohd Ali di nombor akaun, 0610029000557768.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dap-penyakit-kronik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060940 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list