CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli Kampung Ber mohon kuota Internet ditambah

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

MESIKIPUNpenduduk mendapat manfaat daripada JENDELA yang disediakan kerajaan, kuota capaian adalah terhad dan tidak dapat digunakan oleh semua penduduk. FOTO Bernama

Gua Musang: Kira-kira 150 penduduk Orang Asli di Kampung Ber, Pos Tuel di sini, memohon kemudahan asas capaian Internet mudah alih di perkampungan mereka dinaik taraf untuk menampung kegunaan semua penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman itu.

Penduduk suku kaum Temiar berkenaan mendakwa meskipun mereka disediakan perkhidmatan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di dalam kampung berkenaan, capaian yang diterima masih rendah dan Internet tidak dapat diakses sepenuhnya.

Penduduk, Asu Jenang, 60, berkata, mereka hanya bergantung sepenuhnya terhadap perkhidmatan Jendela memandangkan penempatan mereka terletak di kawasan pedalaman dan tidak mendapat liputan syarikat telekomunikasi kerana pencawang talian telefon terletak jauh di Kampung Tuel, Pos Tuel.

"Internet di kawasan kampung bertambah teruk apabila penduduk kini mula celik IT dan menggunakan kemudahan teknologi.

"Akses Internet semakin perlahan kerana kuota yang ada tidak mencukupi, lagi teruk ketika hujan lebat kerana internet tidak dapat digunakan langsung," katanya ketika ditemui di Kampung Ber, Pos Tuel di sini baru-baru ini.

Penghulu, Razak Rongging, 41, berkata, situasi berkenaan menyukarkan mereka untuk berhubung apabila berlaku kecemasan kerana perhubungan dibuat hanya melalui aplikasi WhatsApp.

"Kami sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia sangat menyukarkan lebih-lebih lagi ketika kecemasan untuk kami melaporkan pihak berwajib terutamanya pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Kelantan ketika dihubungi berkata, mereka mengambil maklum tentang isu yang dihadapi penduduk di perkampungan tersebut ketika ini.

"Tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi membantu masyarakat Orang Asli di Kampung Ber menikmati kemudahan Internet di kampung mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-internet-ditambah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.052839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list