CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

Tiada syarat perlu juara dunia, emas Olimpik

[Copy link]
Post time 4-6-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Bekas pemain badminton perseorangan negara, Datuk Dr Lee Chong Wei (kiri) bersama legenda China, Lin Dan ketika menerima anugerah ‘BWF Hall Of Fame 2023’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang ketetapan dibuat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mana-mana pemain yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran badan induk itu perlu meraih gelaran juara dunia atau memenangi pingat emas di Sukan Olimpik.

Sebaliknya, antara kriteria utama yang dilihat BWF adalah pemain itu perlu melakar keputusan atau pencapaian luar biasa sepanjang mereka bergelar pemain.

"Calon perlulah bersara daripada badminton untuk tempoh lima tahun atau lebih dan namanya disegani di peringkat antarabangsa dalam sukan badminton serta disegani oleh badan sukan dunia," menurut peraturan anugerah Dewan Kemasyhuran yang dimuat naik BWF dalam web rasmi badan induk itu.

Selain itu, peraturan juga menyatakan pencalonan boleh diterima daripada Ahli Majlis BWF, ahli gabungan dan organisasi sukan para yang diiktiraf oleh BWF.


"Penerima mana-mana anugerah atau penghormatan BWF terdahulu tidak boleh dihalang daripada pencalonan untuk Dewan Kemasyhuran," menurut peraturan itu lagi.



Peraturan Anugerah Dewan Kemasyhuran yang dimuat naik BWF dalam web rasmi badan induk itu.

Chong Wei, 41, dan legenda badminton China, Lin Dan sebelum ini dimasyhurkan dalam Dewan Kemasyhuran BWF di atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton, dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.

Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan beliau meraih 47 gelaran Siri Super atau Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu adalah pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.

Bagaimanapun, penyenaraian Chong Wei dalam Dewan Kemasyhuran BWF menimbulkan rasa kurang senang legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat selepas tular video yang menunjukkan dia mempersoalkan kelayakan bekas pemain nombor satu negara itu.

Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu, namun beliau mempersoalkan kewujudan nama Chong Wei dalam senarai itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dunia-emas-olimpik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.030446 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list