CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 3

Pelanggan Geram Air Tumpah ‘Highlight’ 4 Kesilapan Rider - 'Harap Kena Warning Je, Tak Kena Buang Tapi...'

[Copy link]
Post time 20-6-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Kesal apabila makanan atau minuman dipesan sampai dalam keadaan tidak sempurna.


Itulah yang dirasakan lelaki ini apabila mendakwa minuman yang dipesan menerusi sebuah syarikat penghantaran makanan (delivery), sampai ke tangannya dalam keadaan yang amat mengecewakan.




FB




"Kalau begini gaya, tak payah jadi rider delivery la.


"Aku pun part-time rider juga tapi tak adalah smpai begini nak naya orang," tulisnya dalam satu hantaran di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia.


Menambah rasa sakit hatinya, dakwa lelaki tersebut, penghantar makanan yang ditugaskan untuk membawa pesanannya bersikap sambil lewa dan tidak amanah.


"ertama, lambat. Okay lagilah sebab katanya nak berhenti solat.


"Kedua, tak hantar (makanan) sampai atas. Bukan ada guard minta lesen atau kad pengenalan tak bagi naik atas. Tak apa lagi, boleh lagi nak turun ambil sendiri.


"Ketiga, tak ada call pun masa dah sampai. Bukan semua orang menghadap telefon perhati kau dari awal kau receive order sampai kau deliver depan rumah. Tak apa, fahamlah kot nak kejar order.








"Keempat, makanan rosak. Kau dah rosakkan makanan dan minuman orang lepas itu menyusahkan lagi orang nak kena turun pula ambil. Tak ada inform apa-apa, tak ada minta maaf apa, terus tinggal lepas itu 'delivered'. Yang ini yang bikin panas," luahnya geram.


Menerusi perkongsian itu juga, lelaki tersebut memuat naik gambar tiga cawan minumannya yang comot dan tertumpah dalam bungkusan plastik.


Dia turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan rider berkenaan menerusi aplikasi pada sistem berkenaan.


Berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut, rider itu memaklumkan dia meletakkan pesanan lelaki berkenaan di atas peti surat.








Berkongsi lebih lanjut, lelaki berkenaan berkata perkara ini tidak akan menjadi isu yang besar sekiranya rider itu mengambil pendekatan untuk berterus terang.


Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi bercampur dengan ada yang mempertahankan rider berkenaan.








Namun begitu, kebanyakannya berpandangan rider wajar menjadi lebih bertanggungjawab kerana sudah diamanahkan untuk membawa pesanan pelanggan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rider shopee pun mcm hahahanaatt yeah. Claimed pick lps tu almost 1 hour br delivered. Padahal kedai dekat jer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 12:35 PM | Show all posts
Pernah order mcD dgn gr**f**d. Kan dah tahu mcD cuma bungkus air dalam bungkus kertas. Tapi rider tu lambat satu hal sebab ambil multiple order. Lepas tu air yang aku order terbalik dalam kotak hijau dia. Habis basah sekali dengan makanan yang saya order. Dia cuma cakap sorry sorry hulur cawan yang dah kosong dengan kotak makanan yang dah lencun.

Tak kan nak diam je. Aku cuma bagi 1 bintang lepas tu report pada gr**b dengan semua bukti bergambar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 01:07 PM | Show all posts
mujur la grab dengan panda area i ni ok je..
lambat tu biasa la kalau dorang kena amik multiple order..
tapi so far makanan minuman elok je sampai..
kalau ada pun salah dari restoran bukan dari rider..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.362130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list