View: 37484|Reply: 300
|
~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by hyun at 17-12-2010 16:22
Assalamualaikum
Sudah menjadi sifat manusia sentiasa lalai dan lupa
kita sebagai hambaNya selalu alpa tentang tanggungjawab kita sebagai
seorang hamba yang dicipta oleh Allah subahanawataala...
Tujuan benang nie dibuka untuk kita saling ingat mengingati
nasihat menasihati antara sesama insan.. seperti firman Allah SWT
ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينھون عن المنكر
“Danhendaklahada antara kamu satu kumpulan yang mengajak melakukankebaikan, danmenyuruh melakukan segala perkara yang baik dan mencegahsegala perkarayang salah” (Ali-‘Imran:104)
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesiapayangmengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalahbaginyapahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengantidakmengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka,dan(sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatuamalyang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosaorang-orangyang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosaitu dandosa-dosa mereka."
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan
Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
"Menggunakaninternetuntuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islamdanmemperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
UNDER CONSTRUCTION
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualikum
Sudah menjadi sifat manusia sentiasa lalai dan lupa
kita sebagai hambaNya selal ...
hyun Post at 17-12-2010 11:49
W'salam.....................
BERasa insaf |
|
|
|
|
|
|
|
mari berkongsi pengetahuan sesama kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.
Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :
Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.
Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fadhilat Jumaat
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
sumber dari:http://s10.invisionfree.com/Hikmah/ar/t244.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu... xsempat nak booking abis bos dah masuk hak3... |
|
|
|
|
|
|
|
W'salam.....................
BERasa insaf
ayushuhada04 Post at 17-12-2010 11:51
kak ayu klu de takzirah ke
kisah nabi ke kongsi kat sini yek |
|
|
|
|
|
|
|
kak ayu klu de takzirah ke
kisah nabi ke kongsi kat sini yek
hyun Post at 17-12-2010 11:58
insyaAllah hyun...
tkde masalah.............. |
|
|
|
|
|
|
|
SATU FARDHU KALAU DITINGGALKAN...
SUBUH
Satu Fardhu ditinggalkan, akan dicampak orang itu kedalam neraka.
ZOHOR
Satu Fardhu ditinggalkan, dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam.
ASAR
Satu Fardhu ditinggalkan, dosanya seperti orang meruntuhkan kaabah.
MAGHRIB
Satu Fardhu ditinggalkan, dosanya seperti orang berzina dengan ibunya (jika lelaki) dan dengan bapanya (jika perempuan.
INSYAK
Satu Fardhu ditinggalkan, Allah tidak akan reda akan hidupnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sumber dari:
adabintang Post at 17-12-2010 11:55
notee... tq mod dada
5 tacang tanah |
|
|
|
|
|
|
|
[size=85%]Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha
[size=85%]Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kaifiyat Dhuha
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
[size=85%]Niat Solat Dhuha:-
[size=100%]Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
[size=100%]Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :
[size=85%]
[size=85%]“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau beri[size=85%]kan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.” [size=85%]Sekian , Muttaqim........ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)
Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.
Wahai hamba…!
Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.
Wahai hamba…!
Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan sa ...
bnmbnm Post at 17-12-2010 12:01
dah lama tak wat...
asyik xsempat jew
... pandai aku cari alasan bha sob3 |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak wat...
asyik xsempat jew
... pandai aku cari alasan bha sob3
hyun Post at 17-12-2010 12:13
hyun dh tgk pm kak ayu tak |
|
|
|
|
|
|
|
aku pula teringat pasal diingatkan oleh anak............ lalai tul.......
bnmbnm Post at 17-12-2010 12:33
ye la.. Ada pun lame dah tak buat |
|
|
|
|
|
|
|
ye la.. Ada pun lame dah tak buat
adabintang Post at 17-12-2010 12:39 PM
jom kita sama2 mula buat........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|