CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Johor] Nuralisa Rahayu didenda RM2,500 kerana jadi keldai akaun

[Copy link]
Post time 2-7-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Muar: Seorang jurujual didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas didapati bersalah menjadi keldai akaun.

Tertuduh, Nuralisa Rahayu Zulkifli, berasal dari Pahang dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin, sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Dia juga boleh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Nuralisa Rahayu didakwa menjadi keldai akaun apabila memperoleh wang RM21,000 daripada seorang lelaki berusia 25 tahun untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang tidak wujud.

Kejadian berlaku apabila mangsa melihat satu iklan di Facebook berkaitan pinjaman peribadi menyebabkannya tertarik untuk memohon.

Pengadu kemudian diberikan satu pautan untuk memohon pinjaman RM30,000.

Pengadu kemudian diminta membuat transaksi dalam talian berjumlah RM27,000 ke akaun seorang lelaki bernama Lokman Awang serta satu lagi akaun atas nama tertuduh berjumlah RM21,000.

Pada 20 hingga 23 Mac lalu, pengadu tidak menerima wang pinjaman seperti dijanjikan malah dia turut diminta memasukkan lagi RM10,000 untuk memproses pinjaman tidak wujud.

Ini menyebabkan pengadu hairan kerana pinjaman dijanjikan tidak ada malah terpaksa menanggung kerugian keseluruhan RM38,000 sebelum membuat laporan polis.

Semakan pihak bank mendapati, akaun terbabit sah milik tertuduh yang didakwa digunakan untuk membantu 'scammer'.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Nor manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-jadi-keldai-akaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074087 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list