View: 177|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Pengetua peluk isteri selepas bebas tuduhan amang seksual
[Copy link]
|
|

Zainuren (kiri) bersama isterinya ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Butterworth di Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!
SEBERANG PERAI – Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth yang melepas dan membebaskan seorang pengetua sekolah menengah yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya pada 2018.
Hakim, Fathiyah Idris menolak rayuan pendakwaan ke atas tertuduh, Zainuren Mohamed, 59, selepas berpuas hati bahawa Hakim Perbicaraan membuat penelitian yang maksima dan sewajarnya atas semua keterangan saksi pendakwaan.
Ketika prosiding, Fathiyah memberitahu bahawa wujud percanggahan dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas.
“Wujud alegasi siri kejadian amang seksual, tetapi apabila disoal balas, mangsa mengakui kejadian-kejadian itu tidak berlaku. Mahkamah Tinggi menyatakan perkara ini hanya boleh dikenal pasti oleh mangsa sendiri namun mangsa sendiri tidak dapat memastikan perkara berikut.
“Justeru, berlaku percanggahan keterangan dan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh,” katanya ketika membuat keputusan pada prosiding kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahrezal Mohd Shukri manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran, Audrey Wee Li Ye dan S. Vikneshwaran.
Di kamar mahkamah, Zainuren yang memakai kemeja coklat dilihat memeluk isterinya selepas hakim selesai membuat keputusan tersebut.
Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan Zainuren daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.
Sebelum itu, pada Januari 2019, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya berusia 11, 13 dan 14 tahun serta minta dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan, manakala kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... sual-empat-pelajar/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|