CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua rakan baik cemerlang dalam STPM 2022

[Copy link]
Post time 13-7-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-7-2023 06:19 PM

Dua rakan baik cemerlang dalam STPM 2022

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   13 Julai 2023   03:41pm





Ray Hong (kanan) dan Sim Yee menunjukkan keputusan STPM 2022 selepas sidang akhbar pada Rabu.




GEORGETOWN - Dua rakan baik berkongsi detik bahagia apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang diumumkan pada Rabu.

Liew Ray Hong, 20 dan Lee Sim Yee, 21, meraikan kegembiraan bersama apabila diumumkan antara 73 pelajar terbaik yang memperoleh 4.00 bagi purata nilai gred kumulatif (PNGK) dalam STPM 2022.

Kedua-duanya yang tinggal di Bayan Lepas merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Air Itam di sini.

Kedua-duanya bersahabat baik sejak berusia 17 tahun ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa.

Ray Hong dan Sim Yee memperoleh semua A bagi subjek Pengajian Am, Sejarah, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.

Ray Hong berkata, dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya hanya mengulang kaji dengan bersungguh-sungguh sebelum hari peperiksaan.

Menurutnya, dia hanya mensasarkan PNGK 3.92, namun bersyukur selepas diumumkan antara pelajar terbaik STPM bagi 2022 di Pulau Pinang.

"Saya memang tak sangka boleh dapat 4.00 (PNGK) kerana semua mata pelajaran yang diambil boleh dikatakan susah. Paling susah bagi saya Sejarah dan Pengajian Am. Dua mata pelajaran ini membuatkan saya tidak cukup tidur.


"Saya tidak tidur seharian kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut. Saya menelaah sehingga ke saat akhir dan akhirnya saya berjaya memperoleh PNGK 4.00.

"Segala pengorbanan saya sebelum ini berbaloi," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM 2022 bagi Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist di sini pada Rabu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad.



Abdul Rashid (kanan) mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang STPM 2022 di SMK (L) Methodist pada Rabu.




Anak kepada ahli perniagaan dan pengarah syarikat swasta itu berkata, dia bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya nanti.

Sementara itu, Sim Yee berkata, walaupun mereka tidak belajar bersama, mereka sering memberi semangat antara satu sama lain untuk berjaya dalam pelajaran.

"Kami akan terus berkawan baik dan memberi semangat antara satu sama lain agar berjaya mengejar cita-cita. Saya pun bercadang mahu melanjutkan pelajaran di UM dalam bidang pengurusan perniagaan.

"Saya dan Ray Hong tidak mengambil kelas tambahan, hanya belajar sendiri sahaja. Tidak seperti Ray Hong, saya memang yakin memperoleh PNGK 4.00 kerana usaha kuat saya," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, seramai 73 calon STPM 2022 di Pulau Pinang memperoleh PNGK 4.00 berbanding 82 calon pada 2021.

Beliau berkata, sebanyak 16 sekolah daripada 25 buah sekolah kerajaan yang mendaftar untuk calon STPM pula mencapai kelulusan penuh 100 peratus bagi 2022.

"Purata PNGK negeri ini bagi peperiksaan STPM 2022 2.85 dan pada 2021, kita masih kekal mencatatkan 2.85,, pencapaian calon STPM 2022 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2021," katanya.

Tambah beliau, seramai 1, 971 atau 98.21 calon lulus daripada 1,188 calon yang menduduki STPM pada 2022 berbanding 2,025 calon (98.85 peratus) lulus pada 2021 dan menunjukkan penurunan 0.62 peratus.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.324432 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list