CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Pulau Pinang] Model gaji progresif perlu dilihat secara menyeluruh - Sivakumar

[Copy link]
Post time 13-7-2023 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Model gaji progresif perlu dilihat secara menyeluruh - Sivakumar


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 13, 2023 @ 9:21pm [email protected]




Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar (depan, tengah) bergambar bersama kakitangan serta pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas pada Majlis Jalinan Kolaborasi TVET Tahfiz, hari ini.




KEPALA BATAS: Kementerian Sumber Manusia (KSM) berpandangan model gaji progresif yang digunakan di kebanyakan negara, termasuk Singapura amat baik dalam meningkatkan produktiviti pekerja di samping merangsang pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum dilaksanakan di negara ini.

Berikutan itu, Menterinya, V Sivakumar memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang meneliti pelaksanaan model gaji itu sebelum ia dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan hadapan.

Katanya, buat masa ini baru di peringkat permulaan dan satu keputusan sama ada model itu akan dilaksanakan atau sebaliknya akan ditetapkan selepas pembentangan.

"Pada masa ini, kita mempunyai dasar gaji minimum RM1,500 sebulan dan dasar ini akan dikaji setiap dua tahun sekali. Kita ada jawatankuasa yang akan memperincikan keperluan sama ada gaji dinaikkan atau tidak bagi setiap dua tahun sekali.

"Kita juga ada banyak lagi model gaji lain yang bersesuaian dilaksanakan, antaranya gaji progresif yang tertakluk kepada produktiviti pekerja, berbeza dengan gaji minimum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, hari ini.

Sivakumar turut mempertahankan kewajaran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang disifatkan berhak menyatakan pandangan berhubung gaji progresif.

Ia selepas Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman meminta Rafizi berkongsi rancangan meningkatkan ekonomi dengan perniagaan dan rakyat dan bukannya berkaitan kenaikan gaji progresif yang dikendalikan oleh KSM.

Sivakumar menegaskan bahawa Rafizi wajar berbuat demikian kerana tugasnya sebagai seorang Menteri Ekonomi, apatah lagi beliau seorang ahli MTEN yang berhak menyatakan apa yang terbaik dalam meningkatkan ekonomi negara.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050859 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list