CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Ahli MCA dinasihat beri sokongan kepada calon BN

[Copy link]
Post time 15-7-2023 08:08 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Ahli MCA dinasihat beri sokongan kepada calon BN


Julai 15, 2023 @ 6:17pm



Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Foto BERNAMA



GEORGETOWN: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, meminta semua ahli parti supaya bersedia untuk memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya enam negeri bulan depan.

Beliau berkata, walaupun MCA membuat keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ahli parti itu harus bersedia memberi kerjasama kepada calon-calon dari BN.

"Kita dalam satu gabungan dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan harus melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan kemenangan calon-calon BN pada PRN nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau mengulangi pendirian parti itu untuk tidak bertanding pada PRN kali ini bagi memberi tumpuan kepada persiapannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan Terengganu akan berdepan PRN pada 12 Ogos ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu mengumumkan PRN di keenam-enam negeri itu diadakan serentak, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Sementara itu, Dr Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menasihatkan semua pengundi di negeri-negeri yang terbabit dalam PRN untuk mengundi dengan bijak supaya wakil rakyat mereka nanti boleh membawa suara akar umbi dan dapat melakukan perubahan yang diperlukan. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.266433 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list